Mata mengamati pantulan yang kelihatan di cermin. Yang aku cuma nampak cuma sebuah kesakitan disebalik sepotong senyuman. Itu sahaja. Itu sahaja.
Bibir itu tetap juga mengukir senyuman. Mungkin sumbing. Mungkin tidak kelihatan seperti senyuman. Malah sinis. Tetapi susah-payah jugalah senyuman ikhlas cuba diukir. Masih mencuba. Masih.
Sudah kering mata serta hati berhujankan tangisan yang tidak berhenti. Sudah puas ayat-ayat Cinta Tuhan dibacakan dengan susah payah berulam sendu tangisan. Sudah puas jari memusing menyulam tasbih dengan iringan zikir di bibir.
0 comments:
Post a Comment