kalau tangan kanan dan tangan kiri bertepuk
maka akan dengar bunyi tepukan.
bergantung dengan cara tepukan si penepuk.
tepuk kuat,
tepuk perlahan
atau tepuk malu2.
tapi,
kalau sebelah tangan saja yang bertepuk
hanya orang terer saja berjaya mengeluarkan bunyi tepukan.
itupun
lepas prektis satu hari satu malam guna sebelah tangan saja untuk bertepuk.
tak kiralah kau guna tangan kanan.
atau tangan kiri.
tipulah kalau dapat dalam satu hari satu malam.
paling hebat pun dalam seminggu
kau akan dapat tepukan sebelah tangan yang masyaAllah kuat bunyinya.
aku sedar diri.
aku tak terer.
tak champion.
tak handal.
tak hebat.
malah jauh sekali mahu kata aku ni ada kuasa.
kuasa keajaiban boleh tepuk cuma sebelah tangan.
cuma yang aku tahu,
bila aku lihat kau.
aku memang sedang tepuk tangan cuma guna satu tangan.
tangan yang kau pernah genggam untuk merasa cinta satu ketika dulu.
SATU KETIKA DULU.
berkuasa juga aku bertepuk sebelah tangan.
terimakaseh tak terhingga.
bila satu masa nanti kau sedar bukan aku orangnya,
bagitahu aku cepat2.
aku tepuk tangan gemuruh untuk kau.
terimakaseh tak terhingga.
bila satu masa nanti kau sedar bukan aku orangnya,
bagitahu aku cepat2.
aku tepuk tangan gemuruh untuk kau.
- jgn mudah terasa kalau bukan anda.... peace ^.^
0 comments:
Post a Comment