HAti berdegup laju,
Rentak irama sudah tidak sekata,
Hati menjadi tidak menentu.
Ya Allah...
Tenangkan, tenangkan, tenangkanlah,
Kaki melangkah menjauh,
Sedaya upaya menjauh,
Bukan kerana sombong,
Bukan kerana buat-buat tidak mengenali,
Tetapi hanyalah kerana,
Ketidak tenangan sedang berkecamuk,
Di ruang taman hati.
Ah! Sudah jauh,
Sudah di elak,
Namun, hati terpagut lagi,
Ya Allah...
Diri sedang dipandang,
Ada mata sedang memandang,
Aduhai hati,
Ia berombak kuat lagi.
Ya Allah...
Mengapa hati terasa sedebar ini,
Terasa mahu menjauh lagi.
Alhamdulillah...
Tiada sudah kelibat itu,
Tiada sudah pandangan mata tadi,
Hati kembali tenang.
Allahuakbar...
Terlalu hebat-Nya Allah,
Hati semakin bergetar hebat,
Semakin mahu menjauh,
Semakin ia datang mendekat,
Mata itu kini terlalu hampir,
Kelibatnya sudah berada di hadapan.
Allah...
Kaki sudah terpaku,
Tidak berdaya mahu menjauh,
Sepatah ditanya,
Sepatah dijawab,
Huluran senyuman dijawab dengan debaran,
Hati masih tidak menentu,
Hati membentak-bentak mahu menjerit,
Mahu keluar dari situasi ini,
Tidak mahu meneruskan perbualan lagi.
Malu terlalu tebal kini.
Malu...
Terlalu malu,
Kerana hati ini,
Hati seorang muslimah.
*ILuvIslam
0 comments:
Post a Comment