Assalamualaikum..
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku.
Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.
Sang Mantan,
Betapa banyaknya dosa
yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum
kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku
mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya
Allah..
Oleh itu sang Mantan..
Bertaubatlah. Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan
dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu
belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali
lagi dengan dunia
untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku
rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada
balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah
seperti dahulu. Aku takut aku akan diperbodohkan lagi.
Aku takut sangat-sangat. Ketakutan ini aku tidak pernah rasa pada suatu masa dulu.
Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka...
sesungguhnya hati ini masih ada sayang dan kasih..
tabahla wahai aisyah
* www.pakarhati
0 comments:
Post a Comment