Memang senyuman selalu menghias wajahku
Memang tawa selalu menghias bibirku
Tapi pernahkah kamu tahu
Bahawa sebenarnya hatiku tersayat sedihBetapa kamu tidak tahu
Kalau dalam senyum itu terlukis puing-puing kesedihan..Dan kamu tak mengerti, kalau hatiku bergelumung dalam rahsia
Jangan cuba tanyaku, aku sengaja menyembunyikan semuanya
Kerana aku tak ingin kamu turut sama dalam kesedihan.
Aku tak ingin kamu turut berduka kerana aku
Aku tak ingin kamu mengetahui siapa aku sebenarnya
Itulah sebabnya, Aku selalu memaksa diriku untuk tersenyum
Walau segalanya tersembunyi, terjepit tangis yang pilu…
Itulah sebabnya, Aku selalu memaksa diriku untuk tersenyum
Walau segalanya tersembunyi, terjepit tangis yang pilu…
* Ketawa
di sebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa. Memang amat sukar
untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun
percayalah setiap kelukaan ada ubatnya. Merahsiakan rahsia hati di riak
wajah adalah nikmat ALLAH yang besar!
Usah terlalu gundah, usah mudah mengalah. Percayalah kalah bukan bermakna lemah. Kalah juga bukan bererti kita cepat menyerah.
-www.pakardiarihati- TQ
0 comments:
Post a Comment