JellyPages.com

Saturday 21 April 2012

akU menCintainya

Ya ALLAH aku mencintainya kerana iman dan agamanya...
Seandainya keduanya hilang maka hilanglah cintaku kepadanya......
Peliharalah kami agar dapat membina hubungan dibawah keredhaanMU

Mutiara Kata

Janganla anda sesekali melukai perasaan seseorang..
Jadilah orang yang mempunyai lidah yang selalu berkata benar..
bertutur dengan lembut, berbahasa indah 
dan jadikan orang yang berada disekitar anda aman...

Saturday 14 April 2012

" Tidakk mengapa sakit sekarang..
Tidak mengapa kalau siksa sekarang..
kerana aku yakin masa depan..
Allah akan beri bahagia..."

kesayuan airmata

Sejernih kesayuan air mata wanita



ketika aku menangis,

bukan kerana aku ingin terlihat lemah,

melainkan kerana aku tak sanggup berpura-pura kuat

Aku belajar

Aku belajar menjadi insan redha..
Dalam mengharungi ujian yang tiba...
Aku cuba menjadi bahagia
Walau hati sarat penuh duka...
Kerana aku tahu ada CINTANYA....
Bersama ujian yang sedang ku rasa.....
Allahuakbar...


*pakar diari hati

Sabarlah hatimu aisyah...

Sabarla wahai aisyah...

Sabar bukan berarti diam..
sabar bukan berarti tidak boleh menangis..
Sabar adalah kemulian dlm sikap tenang melawan luka dalam hidup..

 If God answers your prayer, He is increasing your faith.
If He delays, He is increasing your patience.
If He doesn’t answer, He knows you can handle it

Ingatan buatku

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang…

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah…

Hebat kan Allah…semua ada hikmah…
Kalaulah manusia tahu hadis ini:

“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

c teruna sering memungkiri janji
kebhagiaan milik teruna disana
dara dpt melihat dr jauh..
dgn menanggung seribu kesakitan dan kelukaan
digagahkan diri untuk menghadapi hari2 esok,,
sesungguhnya c dara yakin dgn janji ALLAh...
Andainya c teruna mengerti....
Kesusahan yg ditanggung....
Dia meninggalkan c dara demi untuk diri sendiri.....

Sampaikan Pesanku Buat Teruna



Tolong beritahu si dia, ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia,
Cinta Agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya alpa

Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah, kerana disitu ada Syurga
Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan ibu bapanya, karena ditelapak itu ada syurganya
=======================================================
Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia,
Aku lebih cintakan Zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana taqwanya
=======================================================
Tolong tegur si dia,
Bila dia mulai mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya
=======================================================

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita cita blm terlaksana
Tolong sabarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
=======================================================
Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya,
Aku tak mau menjadi puncak kegagalannya
Tolong pesan padanya,
Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
=======================================================
Tolong khabarkan pada si dia
Aku tak mahu meletakkan dia serba salah dalam mencintai
Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku
=======================================================
Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahukannya sendiri
Hanya Engkau Ya ALLAH yang mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya, walau aku sendiri tidak mengetahui apa dia lakukan dan dimana si dia..
moga dia engkau pelihara,=(

* From aisyah with luv

Doaku buatmu

" Aku tinggalkan cinta keranaMu Ya ALLAH"
Peliharalah dia untukku..agar jadi lelaki yang beriman dan soleh ..
agar dia dapat membimbingku dan anak-anakku kelak..
Ya ALLAh.. sampaikan salam sayang dan rindu buatna setiap hari YA ALLAh..
Agar dia tahu aku slalu ada untuknya..
Ikatlah hati kami walau berjauhan"....

Amin..amin...Ya rabbalalamin..... 

* From aisyah with luv

Buatmu kekasihku yg jauh

Assalamualaikum..

Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. 
Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.






Sang Mantan,
Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah..

Oleh itu sang Mantan..
Bertaubatlah. Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali lagi dengan dunia 

untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan diperbodohkan lagi.
Aku takut sangat-sangat. Ketakutan ini aku tidak pernah rasa pada suatu masa dulu.
 Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka...
sesungguhnya hati ini masih ada sayang dan kasih..
tabahla wahai aisyah 


* www.pakarhati

waRkah BuaTmu

Sebelum tiba waktunya untuk aku halal bersama si teruna, tahanlah wahai hati. Tahanlah perasaanku ini. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatiku tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanku padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
 
Apabila tiba saatnya kita disatukan, makaaku akn serahkan segala isi hati itu padamu.. Kamu pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara diriku dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikku, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatiku…

Cukupla aku cintai dia dalam diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
 
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


* www.pakardiarihati-TQ

Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU..

Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku..
Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA kerana Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..

Andai Kau Untukku

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatikujuga hatimu. Itu janji Allah.
 
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan.

Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..



Untuk diriku

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.  



* www.pakardiarihati

Jika Kamu

♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..

Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥
Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah…

Allah menguji


ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.


Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebabu ntuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama oanrg yang bersabar.

Hati dan Aku

Memang senyuman selalu menghias wajahku
Memang tawa selalu menghias bibirku

Tapi pernahkah kamu tahu

Bahawa sebenarnya hatiku tersayat sedih
Betapa kamu tidak tahu
Kalau dalam senyum itu terlukis puing-puing kesedihan..
Dan kamu tak mengerti, kalau hatiku bergelumung dalam rahsia
Jangan cuba tanyaku, aku sengaja menyembunyikan semuanya

Kerana aku tak ingin kamu turut sama dalam kesedihan.

Aku tak ingin kamu turut berduka kerana aku
 Aku tak ingin kamu mengetahui siapa aku sebenarnya
Itulah sebabnya, Aku selalu memaksa diriku untuk tersenyum

Walau segalanya tersembunyi, terjepit tangis yang pilu…


* Ketawa di sebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa. Memang amat sukar untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun percayalah setiap kelukaan ada ubatnya. Merahsiakan rahsia hati di riak wajah adalah nikmat ALLAH yang besar!
Usah terlalu gundah, usah mudah mengalah. Percayalah kalah bukan bermakna lemah. Kalah juga bukan bererti kita cepat menyerah.

-www.pakardiarihati- TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...