JellyPages.com

Saturday 14 April 2012

Hati dan Aku

Memang senyuman selalu menghias wajahku
Memang tawa selalu menghias bibirku

Tapi pernahkah kamu tahu

Bahawa sebenarnya hatiku tersayat sedih
Betapa kamu tidak tahu
Kalau dalam senyum itu terlukis puing-puing kesedihan..
Dan kamu tak mengerti, kalau hatiku bergelumung dalam rahsia
Jangan cuba tanyaku, aku sengaja menyembunyikan semuanya

Kerana aku tak ingin kamu turut sama dalam kesedihan.

Aku tak ingin kamu turut berduka kerana aku
 Aku tak ingin kamu mengetahui siapa aku sebenarnya
Itulah sebabnya, Aku selalu memaksa diriku untuk tersenyum

Walau segalanya tersembunyi, terjepit tangis yang pilu…


* Ketawa di sebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa. Memang amat sukar untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun percayalah setiap kelukaan ada ubatnya. Merahsiakan rahsia hati di riak wajah adalah nikmat ALLAH yang besar!
Usah terlalu gundah, usah mudah mengalah. Percayalah kalah bukan bermakna lemah. Kalah juga bukan bererti kita cepat menyerah.

-www.pakardiarihati- TQ

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...