JellyPages.com

Friday 22 July 2011

Wanita ibarat epal....

Wanita ibarat epal..
epal yang tdk berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di atas tanah...
Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak...
Sukar digapai...





Terkadang epal itu risau....
"Kenapakah diriku masih belum dipetik"
Lantas ia merendahkan martabatnya...
Dan menggugurkan diri menyembah tanah....
Sedangkan dia sebenarnya dijadikan oleh ALLAH...
Begitu tinggi martabatnya....
Sehingga tiada siapa yang berani memetiknya......
Hanya pemuda-pemuda yangbenar-benar  hebat sahaja...
yang mampu memetiknya...
Mungkin bukan didunia tapi diakhirat....
Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta ILLAHI mengiringi...






Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama
 
 
 

From da Bottom oF my HearT..~

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya." 




"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?" 

Friday 15 July 2011

jOm nyanyi.......ahkssss ^_^

Hati ini Telah Dilukai....

Yeah...elaun sda kuar.. sekali skala teringin test vOkal ahakss...=p.. Dgn ini G4, Dian, jess & Herose  berganding dlm 1 album....hahaha =D.. Tempat pilihan kali ini Karamunsing as usual =p.... Lagu pilihan kali ini I dan Ummi mahu nyanyi feberet song "Hati ini Tlah Dilukai"... lagu nie agak sesuai dgn saya...huhuhu..=(.. its ok... Be Strong Pittik!!!... yeah chill...... 

Jom Karoks..

Semalaman terkenangkan dirimu
Mengalir air mataku membasahi pipi
Mengapa kau sanggup meninggalkan diriku
Sedangkan kau tahu perasaan ini

Kau berjanji akulah kekasihmu
Sanggupku singkirkan semua cinta yang lalu
Tidak ku duga ini akan terjadi
{ From: http://www.elyrics.net/read/k/kris-dayanti-lyrics/hati-ini-telah-dilukai-lyrics.html }
Kata perpisahan yang kau pinta

~korus~
Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai


 
P/s : suara aurat biarlah ini kali pertama dan terakhir...





Orang Jahat vs Orang Baik....

orang baik akn menjadi mangsa org jahat kerana org jahat tdk pernah mencari org jahat utk ditipunya. Mereka akan mencari orang baik. Jika anda BAIK, anda TIDAK  TERKECUALI DI TIPU si JAHAT tetapi jika anda jahat, anda tidak akn terlepas drpd dibenci oleh si baik. Ibaratnya syurga dan neraka tidak akan bersatu : minyak dan air tidak akan sebati.

Bijak-bijaklah dalam meniti hidup, kerana ia penuh dgn perkara tersembunyi dan cukup misteri . "Orang yg anda sangkakan boleh diharap selama ini, tiba-tiba dialah yg merosakkan segala-galanya... Orang yg dilihat baik rupa-rupanya dialah petualang yg bersembunyi disebalik penampilan menarik dan orang yg dijadikan sandaran kadang-kadang dialah yg membawa rebah". Mereka ini lah yg membuatkan hidup kita haru biru dan tidak menentu.......

P/s : tidak ada kena mengana dgn yg hidup atau yg mati...... sekadar ingatan buat kita semua..=') insyaALLAh







Wednesday 13 July 2011

ObjekTiF Tercapai.....^.^

Bila sda jadi org kaya baru mulalah tak ingat dunia lg......hihiiii...=p.. 
ari nie bru dpt peluang utk shopping dgn kwn2...( die dan ainun ).. ble tahanla duit abs tp yg penting puas hati... 
akhirnya dpt jgk aq beli sehelai bju kurung utk raya nnt ( terlalu awl bkn =p actually takut saiz habis ), emm beli sepasang bju Melayu utk si dia... ckupla mungkin ini yg kali terakhir.. ini janji saya pd si dia.. maaf kpd semua kwn2 cz saya tahu kmu xberapa nk setuju.. 
Tp biarlah ini pemberian terakhir buat si dia... walaupun ianya tidak secantik mana, tidak semahal mana tp sekurang2nya saya ikhlas.. dgn harapan bju melayu nie sampai dgn selamat kpd si dia...insyaALLAH....T.T.. emm dala xmO sedey2 lg... yg paling penting saya da beli Jam Tangan yg diidam2kan selama nie....ole..!!! RM400 utk jam tangan sda ckup memuaskan hati..biar mahal yg penting tahan lama... berbaloi2 keluaran terbaik dr ladang....ahaksssss......=D..... kalau dlu ditemani jam tangan org yg tersayang kali ini biarla hasil dr duit sendiri... cukup utk menutup dan melupakan kenangan lama... ='(.. 

nie dia "Royal Crown" .. akhirnya dpt memiliki.. nnt bila ada duit lbh nk beli rantai kaki plak =p


p/s : anda perlu berjimat cermat... jgn jadi spt saya ok guys...;p








Monday 11 July 2011

Aku YanG TersakiTi..... T.T


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
kini semakin terasa setelah kau kenal dia
aku tiada percaya teganya kau putuskan
indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
kau pergi tinggalkanku
*
tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
aku pergi untuk dia

tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia



Bisikan Hati.......

Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...
saat ini,

Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,

Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...

Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...

Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,

Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...
Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,

Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...

Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...

 seindah pelangi...

Monday 4 July 2011

Persediaan B4 Cmping UB...~

fuh... dgr ja psl camping da stat malas... seyesly aku rasa bru ja kot aku abs camping sem lalu siap tecedera kaki tangan lg..uhuhuk.. =(... now kena g camping lg... 7-10 hbln 7.. da stat bz da..mna sibuk nk ganti kelas.. buat gajet.. persiapan utk persembahan.. kelas ganti suma... emm yg plg "syok" RPH .... *.*.. mcm nk muntah ada gak..huhu.. tp xpa.. memandangkan aku sbg sorg pelajar yg mendapat elaun beribu2 aku kena jalankan semua tggjwbku ( ceh trep innocent =p ) ahaksss..


teringat plak semalam jari terkena kapak tym nak potong buluh..huhu.. ='( sedey sgt weii.. luka ckit tp sakit.. syukur x putus jari... sakit luka tu xsesakit hati aku yg mmg da ckup disakiti... betul org ckp luka kat luar org ble nmpk dan ble ubat tp luka dihati siapa tahu.. aku mmg sgt2 bz untuk 2 minggu nie tp sdikit pun aku xpernah lupa apa yg terjadi sejak akhir2 nie... sgt complicated... ='( ujian.... c'mon pittik anda boleh hadapi.. so now aku kena fokus dgn aktiviti skrg, bz kn diri insyaALLAH aku dpt lupa walaupun cuma utk bbrp hari ..... amin..... doakan saya ya selamat pergi dan balik dr camping....=')..







Saturday 2 July 2011

Secebis ingatan buat ADAM..... luvislam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...

Dari seorg sahabat buat saya...=')

on friday,
having pillow talk with friend of mine.
through her story,
I didn't noticed that my tears falling too
______________________________________________________
yes..
now she's trying to get that strength
a strength to get a new life
a strength to make her daily life continuously happy
like nothing happened!
dear friend,
yup! and indeed.
aku pernah merasa perkara yang sama seperti kau.
tapi bezanya.............
- rasa dikhianati
- punya org kedua
- perasaan yang semakin jauh
yang membuat aku mudah utk membenci
dan melupakan org yg langsung tiada hak utk terus- terusan menghukum aku dengan kesedihan.
tapi dalam situasi kau..
lain...
kau tahu dia masih sayangkan kau
kau tahu dia juga sukar utk melepaskan kau pergi
tapi dalam keterpakasaan kau dan dia terpaksa berbuat begitu...
kau dan dia berserah pada takdir
biar DIA yang menentukan..
kau dan dia hanya mampu berdoa
agar DIA yang lebih MAHA berkuasa
menentukan..
teruskan kehidupanmu..
berserah pada takdir..
aku pun mendoakan kebahagiaanmu, kawan.

*walaumacamana benci pun si hawa kepada si adam..
perasaan sayang itu pasti tetap ada..
andai dia jodohmu..
dia pasti akan datang kembali..
tapi andai dia bukan jodohmu..
mohon pada tuhann, tabahkan hati..
berilah seseorang yang lebih baik dari itu
sesuatu terjadi pasti ada hikmahnya.
be strong, young lady.
p/s - thanks ummi 

my first step...

No more FB..Formspring..Skype or email..... I hope dis is for good... I am trying to be new Fitri Aisyah..  InsyaALLAH..... The first step towards getting somewhere is to decide that you are not going to stay where you are.... a journey of a thousand miles must begin wif a single step =')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...