JellyPages.com

Wednesday 25 July 2012

Perlukan Pencipta

Mata mengamati pantulan yang kelihatan di cermin. Yang aku cuma nampak cuma sebuah kesakitan disebalik sepotong senyuman. Itu sahaja. Itu sahaja.

Bibir itu tetap juga mengukir senyuman. Mungkin sumbing. Mungkin tidak kelihatan seperti senyuman. Malah sinis. Tetapi susah-payah jugalah senyuman ikhlas cuba diukir. Masih mencuba. Masih.

Sudah kering mata serta hati berhujankan tangisan yang tidak berhenti. Sudah puas ayat-ayat Cinta Tuhan dibacakan dengan susah payah berulam sendu tangisan. Sudah puas jari memusing menyulam tasbih dengan iringan zikir di bibir.

Kesakitan ini. Biarlah Dia sahaja yang mengetahui. Kesakitan ini. Biarlah Dia sahaja yang menjadi pendengar tanpa berhenti. Kesakitan ini. Biarlah Dia sahaja tempat meminta simpati. Biarlah. Tidak diperlukan manusia-manusia yang lainnya. Yang aku perlukan cuma Pencipta semuanya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...