JellyPages.com

Thursday 13 October 2011

Cinta si Dara


si dara mengenali si teruna hampir bertahun juga.
mulanya si dara tak suka tapi si teruna yang mula.
si dara tak layan, si teruna kejar sini sana.
si teruna suka pada si dara kerna dari pandangan mata.
si teruna bilang si dara jelita, si dara tertunduk malu terkesima.


si teruna sentuh jiwa si dara paling halus jauh ke pelusuk sana yang buat si dara berubah.
si teruna buat si dara tersenyum sendiri dan terpana panahan asmara.
lebih kepada jiwa jadi bunga2 macam dalam taman syurga.
dan mula terasa cinta mekar di dalam dada.
"aku cinta padamu, teruna." bilang si dara.


si dara dan si teruna mula mengikat janji setia.
kadang2 timbul rasa gatal mahu mendirikan istana.
walaupun 2 3 bulan bersama tapi bahagia terasa macam sudah berumahtangga.
bila tiada di depan mata rasa gundah gulana walaupun tahu di hati sentiasa ada.
ceh~jiwang mula menguasai suasana si teruna dan juga si dara.


ke mana bersama semua orang suka.
mereka bilang bagai pinang dibelah 2 macam dato' K dan akak siti nurhaliza.
tapi tak kurang juga jadi bahan umpatan kepada yang tak suka.
mereka anggap si dara tak tahu menilai intan dan kaca kerana jatuh cinta pada si teruna.
tapi si dara buat tidak kesah.
ini semua kerana cinta sudah mengelabui mata.
lagipula, orang cemburu buat apa hendak didengar kalau cuma ingin meruntuhkan cinta luhur mereka berdua.


mulanya bahagia, kini terpaksa berpisah.
si teruna pergi membawa diri kerana cita2 yang disimpan lama.
ingin menyambung study di negara orang putih sana.
si dara menyimpan duka disebalik senyum yang dihantar bersama si teruna. 
janji si teruna kepada si dara ingin kembali bersama segulung ijazah juga pinangan daripada pihak keluarga buat hati si dara ceria semula.


kini,
sudah 5 tahun si dara menanti si teruna.
khabar berita tentang si teruna langsung macam haram dirasa.
bila ditelefon, sentiasa ada saja kerjanya yang tak sudah2.
bila dimesej, mungkin dalam sebulan juga baru diterima balasan dari si teruna.
namun cinta si dara tak pernah berubah.
dia yakin janji si teruna pasti tertunai jua.
walaupun sudah 5 tahun tidak pernah bersua muka dengan si teruna.
entah di malaysia atau di luar negara sana.
si dara juga tidak tahu.
mahu ke rumah si teruna tetapi tidak pernah pula dia tahu asal usul si teruna.
menantilah si dara di posisi yang sama.
di sebelah jambatan lama tempat mereka selalu bercengkerama.
dengan cinta luhur si dara.
yang mungkin juga dibawa sampai ke tua.




*Hanya cerita dongeng semata2..??

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...